Atas kiriman...
Sis, saya tak kuat. Saya betul tak kuat. Jiwa saya sepi. Di tinggal seseorang tanpa berita. Dia pergi begitu sahaja. Saya terus menunggu kerana saya setia sis. Namun setia memakan diri. Saya lihat dia bersama anak isteri. Hati saya bagai kaca yang terhempas. Saya dahulunya agak berisi kini kurus kering. Saya tak bertenaga. Jiwa saya bagai di ragut. Kehidupan saya bagai dirampas. Saya malu sis. Memang benar dia tak pernah meluah rasa. Tapi tingkahnya memperdaya saya sis. Saya cuma bertepuk sebelah tangan! Saya dah tak mampu lagi sis. Tolong saya sis... Anne, sss
Anne,
Sis faham. Sangat faham. Pada ketika dan saat ini, tidak guna sesiapa pun yang datang memujuk tidak akan berkesan. Hanya air mata peneman setia. Sis faham itu. Namun Anne, kamu tidak keseorangan. Kamu tahu, ramai orang seperti kamu. Malah beribu-ribu orang seperti kamu. Akhirnya kamu akan di ubati dengan masa. Masa akan merantai kamu dan melepaskan kamu perlahan -lahan.
Bila kamu sudah sedar tentang itu, kamu pasti menyesal kerana sebenarnya bukan masa yang merantai kamu, tapi kamu yang merantai masa. Nasihat sis, keluarlah segera! Keluarlah sekarang!!
Keluar dari rantai kesedihan yang membelenggu. Buatlah apa sahaja cara, asal kamu dapat keluar dari perasaan sedih itu, sudah cukup buat kamu. Kamu tahu, syaitan sangat suka perdayakan orang-orang yang tidak kuat dan lemah seperti kamu. Jika kamu leka, syaitan pula yang akan merantai kamu.
Kembalilah kepada fitrah manusia yang sememangnya memerlukan tuhan. Mula-mula memang sukar tapi lama kelamaan kamu akan biasa. Sebenarnya tidak sukarpun, cuma kamu tidak percaya dan kamu degil. Buang egomu, mari bersama yang Maha Pencipta, InshaAllah, kamu pasti sembuh dan tidak akan menyesal.
*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*