14.9.18

Kesedihan yang merantai

Atas kiriman...
Sis, saya tak kuat. Saya betul tak kuat. Jiwa saya sepi. Di tinggal seseorang tanpa berita. Dia pergi begitu sahaja. Saya terus menunggu kerana saya setia sis. Namun setia memakan diri. Saya lihat dia bersama anak isteri. Hati saya bagai kaca yang terhempas. Saya dahulunya agak berisi kini kurus kering. Saya tak bertenaga. Jiwa saya bagai di ragut. Kehidupan saya bagai dirampas. Saya malu sis. Memang benar dia tak pernah meluah rasa. Tapi tingkahnya memperdaya saya sis. Saya cuma bertepuk sebelah tangan! Saya dah tak mampu lagi sis. Tolong saya sis... Anne, sss


Anne,
Sis faham. Sangat faham. Pada ketika dan saat ini, tidak guna sesiapa pun yang datang memujuk tidak akan berkesan. Hanya air mata peneman setia. Sis faham itu. Namun Anne, kamu tidak keseorangan. Kamu tahu, ramai orang seperti kamu. Malah beribu-ribu orang seperti kamu. Akhirnya kamu akan di ubati dengan masa. Masa akan merantai kamu dan melepaskan kamu perlahan -lahan.

Bila kamu sudah sedar tentang itu, kamu pasti menyesal kerana sebenarnya bukan masa yang merantai kamu, tapi kamu yang merantai masa. Nasihat sis, keluarlah segera! Keluarlah sekarang!!

Keluar dari rantai kesedihan yang membelenggu. Buatlah apa sahaja cara, asal kamu dapat keluar dari perasaan sedih itu, sudah cukup buat kamu. Kamu tahu, syaitan sangat suka perdayakan orang-orang yang tidak kuat dan lemah seperti kamu. Jika kamu leka, syaitan pula yang akan merantai kamu.

Kembalilah kepada fitrah manusia yang sememangnya memerlukan tuhan. Mula-mula memang sukar tapi lama kelamaan kamu akan biasa. Sebenarnya tidak sukarpun, cuma kamu tidak percaya dan kamu degil. Buang egomu, mari bersama yang Maha Pencipta, InshaAllah, kamu pasti sembuh dan tidak akan menyesal.



*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*

3.7.16

selamat datang

biarkan laman ini sepi
tiada yg lalu
tiada yg tahu
tiada yg mahu
tiada yg peduli

kepada yg terjumpa
selamat datang

biar kau luah
biar tertumpah
tanpa kotor
kpd yg kotor
tanpa carut
kpd yg carut
tanpa hina
kpd yg hina

aku bersih


*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*

hilang

setelah kau hilang
kerana aku hilang

jgn kau robek lagi
hatiku ada parut dalam
lama dan takkan hilang

setelah aku hilang
lama

kau pun hilang
kerana aku hilang



*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*

SUDIKAH KAU MENERIMAKU?

Bilamana aku kembali kerana aku rasa ingin kembali
bilamana aku dapati beratus emailku telah tergodam dan terhapus
maafkan aku....

maafkan aku jika kau bosan menunggu
lalu kau tinggalkan aku sepi
kau tinggalkan aku tanpa menoleh lagi
adakah aku sudah lenyap dalam hembusan nafasmu?

jika aku kembali...sudikah aku menerimaku?

*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*

10.9.11

kau mahu kawin?

aku terlalu mentah untuk kawin
walhal usiaku sudah cukup sesuai untuk kawin
aku terlalu risau untuk kawin
walhal dalam usiaku aku perlu risau untuk tidak akan menemui calon
sebenarnya
dalam jiwa kau masih kosong
walaupun kau sudah bersedia
mungkin kau gemar seks
mungkin kau mahu cuba-cuba

usah berdusta lagi
jiwa kau meronta2 mahu kawin sebab semua org kawin
kau tiru org

namun
kau tak tahu erti sebenar kawin
fahaminya dulu
baru boleh kawin




*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*
kau dan aku
bila mahu bertemu lagi
aku masih mampu tersenyum walaupun tanpa mampu untuk berkata2 lagi
kau?




*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*

9.9.11

doa ku

ya Allah
Kau temukanlah aku dengan orang yg benar
yg boleh membimbingku kejalan-Mu
yang boleh aku tumpang berpayung ketika hujan
yang boleh aku isikan perutku ini ketika aku lapar
yang boleh  tunjukkan aku jalan ketika aku tersesat
yang boleh pimpinkan aku jalan ketika aku buta

ya Allah
jika jodohku Kau sudah tentukan pergi dahulu sebelum kami bertemu
aku redho ya Allah
sesungguhnya aku amat percaya akan nikmat yang Kau berikan pada saat yang Kau telah janjikan....





*Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya*